Panasnya Hari Ini

1MDB: Abdul Gani Digesa Tampil Nyata Pendirian

Foto:- MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador melalui surat terbukanya menggesa agar bekas peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tampil berhubung hutang yang ditanggung oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum beliau ‘dipecat’.

Memetik laporan MalaysiaKini, beliau berasa pelik apabila melihat Abdul Gani kini ‘diam membisu seribu bahasa’.

Menurut Hamid, Abdul Gani dilihat sangat tegas berkaitan isu 1MDB dan Gani turut berkata bahawa kes yang melibatkan syarikat pelaburan Negara itu ‘sangat jelas’.

“Tetapi sesudah ‘dipecat’, Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan.

“Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salah laku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum,”katanya.

Menerusi surat terbuka itu lagi, Hamid berkata Abdul Gani tidak perlu takut dengan skandal peribadi yang melibatkan beliau jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh 1MDB terhadap Negara.

“Come on, Tan Sri, apalah sangat dengan skandal peribadi yang kecil walaupun ia benar jika dibandingkan dengan impak yang teruk oleh kemelut 1MDB terhadap Negara.

“Rakyat dengan mudah akan memaafkan anda. Keluarlah dan buat pendirian. Semua ini buat anda dipuji sebagai pejuang yang kental di kalangan kakitangan awam,”ujarnya.

Terdahulu, bekas peguam Negara itu ditamatkan perkhidmatannya sewaktu siasatan pasukan petugas khas berada di kemuncaknya.

Siasatan itu melibatkan skandal 1MDB dan wang ‘derma; sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara langkah lain untuk ‘menghentikan’ siasatan itu termasuklah melantik beberapa anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke dalam kementerian melalui rombakan kabinet yang dilakukan pada Julai lalu.

Selain itu, terdapat juga beberapa anggota petugas khas yang lain turut dipindahkan termasuklah Abdul Hamid.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");