Panasnya Hari Ini

1MDB: Kenyataan Muhyiddin Mengelirukan

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh  bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa syarikat pelaburan 1MDB sebagai sarat hutang adalah satu kenyataan yang mengelirukan.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday hari ini, syarikat 1MDB dalam kenyataan yang dikeluarkan menegaskan bahawa Muhyiddin sebagai bekas anggota Kabinet sememangnya tahu bahawa nilai aset 1MDB adalah melebihi hutang yang ditanggungnya.

“Muhyiddin amat sedar tentang struktur modal 1MDB ketika beliau menjadi anggota Kabinet. Dengan RM1 juta dalam bentuk ekuiti yang disediakan oleh pegangan saham iaitu Kementerian Kewangan, 1MDB menjana modal di pasaran yang merupakan hutang kepada akaun syarikat,” petik kenyataan itu.

Syarikat pelaburan itu juga dalam kenyataan tersebut turut menyatakan kekesalan kerana telah berulang kali memberi penjelasan mengenai 1MDB, namun, masih juga terdapat beberapa pihak termasuk ahli politik masih bertindak menyebarkan maklumat separuh benar berkenaan syarikat itu.

Ujarnya lagi senario itu telah membuktikan sebagai satu serangan yang disengajakan dengan mempunyai motif politik bagi mensabotaj pelan rasionalisasi yang sedang berjalan kini.

“Ia turut melibatkan rancangan tawaran awam permulaan (IPO) dalam bidang jana kuasa sebelum ini,” jelasnya lagi.

1MDB turut memberi contoh perniagaan di Malaysia dan di luar negara juga telah menggunakan hutang untuk membina dasar aset mereka dengan berjaya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");