Panasnya Hari Ini

1MDB Tidak Berhutang Sebanyak USD481 Juta -PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataan hari ini menyatakan bahawa Syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah berhutang sebanyak USD481 juta seperti yang telah dilaporkan oleh Laporan Audit IPIC Disember 2014.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, nota di dalam penyata kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2014 jelas menyatakan syarikat pelaburan strategik milik negara itu tidak menanggung hutang seperti yang dilaporkan.

“Nota di dalam Penyata Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 dengan jelas menyatakan bahawa tiada jumlah tersebut yang ditanggung oleh 1MDB terhadap IPIC.

“Ingin ditekankan juga bahawa mana-mana pihak berhak menentukan kaedah pelaporan penyata kewangan mereka,” katanya yang turut diminta menjelaskan mengenai jumlah pembayaran yang dibuat 1MDB untuk menebus opsyen syarikat Powertek Investement Holding dan 1MDB Energy (Langat) daripada Aabar Investment.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");