Perak Hari Ini

4 Pegawai TLDM Didakwa Rasuah

IPOH: Pasangan suami isteri yang juga merupakan Pegawai Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara empat pegawai yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah SPRM hari ini atas  pertuduhan menerima rasuah berkaitan urusan pembekalan di Pangkalan TLDM Lumut setahun yang lalu.

Turut dihadapkan di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini dua lagi pegawai  TLDM atas tuduhan yang sama.

Tiga tertuduh iaitu Leftenan Komander Rizalman Ghazali, 36, dan isterinya, Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 33, serta Leftenan Kuvendran Sukumaran, 36, mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah bernilai lebih hampir RM500,000.

Sementara, seorang lagi pegawai Kapten Abdul Aziz Gaffor, 54, berhadapan dengan lima pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 bernilai lebih RM800,000.

Leftenan Komander Rozlin Mustapa 33, menghadapi dua tuduhan dibawah seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM) kesalahan menerima rasuah.

Bagi pertuduhan pertama, Rozlin dituduh menerima suapan daripada Hussin Roslim melalui suaminya, Leftenan Komander Rizalman Ghazali sebanyak RM30,011.44 menerusi sekeping kad ATM sebuah bank pada 12 Oktober 2014.

Suapan berkenaan dikatakan sebagai upah meluluskan kerja-kerja pembekalan bernilai RM1,363,317.95.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Rozlin dituduh menerima suapan daripada individu yang sama dengan nilai suapan berjumlah RM200,000 melalui sekeping kad ATM menerusi suaminya.

Sementara itu, bagi tertuduh kedua, Rizalman berhadapan dengan empat pertuduhan dibawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, kesalahan menerima suapan daripada individu yang sama bagi pihak isterinya.

Pasangan suami isteri berkenaan mengaku tidak bersalah diatas semua dakwaan yang dibacakan.

Hakim Rihaida Rafie memutuskan ikat jamin Rozlin sebanyak RM20,000 manakala bagi Rizalman ikat jamin ditetapkan sebanyak RM40,000 dan tertuduh juga perlu penyerahan pasport kepada pihak Mahkamah.

Turut dihadapkan ke di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini seorang lagi Pegawai TLDM, Leftenan Kuvendran Sukumaran yang turut berhadapan dengan empat pertuduhan dibawah seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Kuvendran berhadapan dengan tuduhan pertama menerima suapan bernilai RM68,471.97 melalui sekeping kad debit CIMB dan suapan kedua berjumlah RM10,000 daripada individu yang sama.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, Kuvendran dituduh menerima suapan sejumlah RM4,500 melalui sekeping kad debit sebuah Bank dan suapan sejumlah RM22,000 daripada sebuah syarikat yang dikatakan kaitan dan mempunyai kepentingan dengan tugas rasminya.

Keempat-empat kesalahan dikatakan telah dilakukan tertuduh antara Januari dan Oktober 2014 di sekitar Manjung.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya SPRM Nor Azah Kasran makala Rizalman, Rozlin dan Kuvendran diwakili oleh Peguam Nor Hasham Hasan.

Ketiga-tiganya tertuduh menghadapi 10 pertuduhan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rihaida Rafie dan 11 November depan tarikh sebutan semula kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");