Perak Hari Ini

9th Royal Belum Iron Bound Challenge Series Bermula

GERIK: Iron Bound Challenge Series Royal Belum Siri ke-9 yang diadakan di sini diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa dan domestik ke taman negeri ini.

Pengerusi Tourism Perak, Muhd Kamil Shafie berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong sebarang acara yang mempromosikan negeri ini ke peringkat antarabangsa.

“Kami di pihak kerajaan negeri bukan sahaja memberi sokongan dari segi kewangan, tetapi juga sokongan melalui promosi.

“Kita harap, mereka (peserta) akan datang kembali pada 2017 dimana kita akan mengadakan ‘Tahun Melawat Perak’. Acara pelancaran akan diadakan pada 2016,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian dan memperkenalkan peserta 9th Royal Belum Iron Bound Challenge Series, di sini.

IMG-20151009-WA0022

Tambahnya lagi, pihaknya akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia, kerajaan negeri dan juga Exco bertanggungjawab bagi memperbanyakkan lagi promosi menjelang ‘Tahun Melawat Perak’.

“Dengan adanya program sebegini, ianya dapat melonjakkan statistik pelancong ke Perak dan dapat membantu ekonomi negeri.

“Program sebegini juga mendapat sokongan kuat dari Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang mahu mengantarabangsakan produk pelancongan di negeri ini,”ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Tourism Malaysia Negeri Perak, Ibrahim Seddiqi Talib berkata, pihaknya akan membantu mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di negeri ini, termasuk Royal Belum.

“Pada 2014, sebanyak 15,000 pelancong tempatan dan antarabangsa hadir ke Hutan Belum.

“Banyak produk pelancongan yang boleh dipromosikan di sini seperti houseboat, tapak perkhemahan, bunga Rafflesia, air terjun dan hidupan liar.

“Jadi kita nak mengantarabangsakan Hutan Belum ini selain daripada produk-produk pelancongan yang lain,” katanya.

9th Royal Belum Iron Bound Challenge Series menyaksikan penyertaan sebanyak 31 kumpulan dari dalam dan luar negara.

Antara negara yang menyertainya ialah Malaysia (10), New Zealand (2), Mexico (1), Denmark (1), Hong Kong (8), Taiwan (3), Singapura (4), Jepun (1) dan Indonesia (1).

Setiap kumpulan telah dianggotai oleh empat orang memerlukan mereka untuk berlari, berbasikal, berenang dan berkayak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");