Perak Hari Ini

Abdul Puhat Presiden Baharu PAFA

IPOH: Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan hari ini menang tanpa bertanding bagi mengalas jawatan selaku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk musim 2015 hingga 2018 menggantikan mantannya Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Manakala bagi jawatan Timbalan Presiden PAFA dengan persetujuan dan sebulat suara daripada 16 gabungan dalam PAFA Exco Belia Sukan Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya dilantik bagi mengalas jawatan berkenaan.

PERAKTODAY

Keputusan pemilihan tersebut diumumkan hari ini dalam kongres Tahunan PAFA ke-57 bertempat di Hotel Impiana di sini hari ini.

PERAKTODAY3

Mantan Presiden yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin turut menyampaikan ucapan syabas dan tahniah atas perlatikan berkenaan.

“Pihak FAM menyatakan kesediaan dalam membantu dalam meningkatkan bidang bolasepak dan melihat kesinambungan melalui program yang telah disusun terdahulu malah harapan saya supaya gabungan juga dapat terus memberi kerjasama kepada Presiden baharu dan Timbalan Presiden baharu,” katanya.

Jelasnya lagi pemilihan Abdul Puhat selaku Presiden baharu berikutan komitmennya dan kecenderungan beliau yang cukup meminati bidang sukan bukan sahaja bolasepak dan ianya juga telah dibuktikan dengan keupayaan beliau mengalas jawatan sebagai bekas Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.

Sementara itu menurut Presiden PAFA yang baharu, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan pembaharuan kini bukan hanya berfokus kepada Piala Malaysia tetapi juga daripada segi pembangunan.

PERAKTODAY4

“Rombakan akan dibuat dan akan diumumkan kelak setelah berbincang terlebih dahulu.

“Perkembangan bolasepak di Perak adalah cukup pesat dibawah kepimpinan Datuk Zainol banyak piala yang dimenangi namun kita perlu mempergiatkan lagi di peringkat akar umbi dan kampung serta mukim yang perlu diaktifkan semula.

“Tak akan di bahagian Kerian, Pengkalan Hulu, Bagan Serai tak dapat kita lahirkan pemain di sana dan zaman dahulu banyak pemain Perak yang mewakili negeri lain,” katanya lagi.

PERAKTODAY1

Tambahnya lagi, jika senario berkenaan berjaya dikenal pasti sedari awal berkemungkinan Perak tidak terlepas dalam mengumpulkan pemain hebat daripada negeri sendiri.

Malah dengan perkembangan penduduk lebih 2 juta di negeri katanya pasti tidak mustahil untuk melahirkan satu daerah satu pemain yang berkualiti bagi mewakili pasukan bolasepak negeri ini.

“Tanggungjawab perlu dilaksanakan seperti di MSN, bukan mempersoal jurulatih dan pemain mengenai kemenangan atau tidak tetapi perlu jadi sebahagian daripada mereka supaya semua pihak menghormati dan memahami kehendak mereka.

Ujarnya lagi, sebelum beliau memberi harapan yang tinggi kepada penyokong terlebih dahulu beliau memerlukan masa untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan PAFA.

Senarai lantikan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Perak bagi musim  2015-2018

Presiden- Datuk Abdul Puhat Mat Nayan
Timbalan Presiden- Datuk Shahrul Zaman Yahya
Naib Presiden 1-  Datuk Rashidi Ibrahim
Naib Presiden 2- Datuk Muhammed Yadzan Mohammed
Naib Presiden 3- Dato’ G.Irudianathan

Jawatankuasa Eksekutif
1-Mohd Redzuan Amir Amir Hamzah
2-Mahadee Ramlee
3-Johari Baharum
4-Abdul Jamil Othman
5-Jurij Jalaludin
6-MD Najib MD Mokhtar
7-Mohd Jamil Zakaria
8-Zainal Anuar Abd Rashid
9-Mohd Rizairi Jamaludin

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");