Panasnya Hari Ini

Adakah 1MDB Lebih Penting Daripada Parti ? – Umno Semporna

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Semporna hari ini tampil membidas dengan mempersoalkan kepentingan syarikat pelaburan 1MDB yang didakwanya seolah dijadikan sebagai sebuah institusi  perlu dipertahankan dan berpengaruh jika dibandingkan dengan UMNO.

Memetik sumber daripada Mstar, ia berikutan dakwaan mengenai pimpinan parti dikatakan akan bertindak menggugurkan jawatan dan menggantung keahlian tujuh pemimpin selepas membuat kenyataan terbuka berhubung skandal 1MDB.

Malah kekesalan turut dinyatakan apabila khabar angin mengatakan bahawa Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal antara salah seorang daripada tujuh pemimpin yang sedang dipantau dan bakal dikenakan tindakan.

Pemimpin yang mempersoal pengurusan 1MDB juga dakwanya akan berdepan dengan pelbagai ancaman termasuk digantung, dilucut atau dipecat keahlian mereka daripada UMNO.

“Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti UMNO sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, di lucut atau di pecat keahlian mereka?

“Adakah 1MDB ini milik UMNO? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti UMNO?,” kata Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian Semporna dalam kenyataannya hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan, tujuh pemimpin UMNO mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan selepas membuat kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan senarai individu yang dimaksudkan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");