Sukan Hari Ini

‘Adili kami sewajarnya’

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah me­nerima hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap pertimbangan sewajarnya dapat dilakukan oleh Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, mereka sudah memberikan kerjasama baik kepada Pesuruhjaya Sukan sewaktu menyediakan jawapan surat tunjuk sebab seperti yang dimahukan.

Be­liau tanpa berselindung berharap agar badan induk bola sepak negara itu dapat diadili dengan sebaik mungkin.

“Kami telah pun memberikan kerjasama dengan baik ketika menyediakan surat tunjuk sebab kepada mereka seperti yang dimahukan.

“Jadi apa yang boleh saya harapkan adalah berdasarkan surat tersebut mereka dapat memberikan pertimbangan sewajarnya kepada kami,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ketika ditanya apakah harapannya daripada keputusan yang bakal ditentukan oleh Pesuruhjaya Sukan, Afandi berkata: “Sukar untuk saya ramalkan sebab keputusan sepenuhnya berada di tangan mereka.

“Apa-apa boleh berlaku tapi berharap pertimbangan sewajarnya dapat diberikan.” FAM berdepan de-ngan tiga bentuk hukuman oleh FIFA selepas penyokong Harimau Malaya melakukan ke­ke­cohan sewaktu perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 8 September.

Mereka didenda 40,000 Swiss franc (RM180,000) dan diberi amaran.

Ma­laysia juga diarah beraksi dalam stadium kosong ketika menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 17 November ini dalam aksi dwi kelayakan tersebut dan kemenangan 3-0 diberikan kepada Arab Saudi.

Kelmarin genap dua minggu tempoh yang diberikan oleh Zaiton untuk menilai, namun beliau masih buntu untuk menentukan bentuk hukuman.

Malah, beliau mengakui bimbang keputusannya bakal me­ngundang tindakan drastik terhadap FAM daripada FIFA yang jelas tidak membenarkan sebarang campur tangan kerajaan dalam pentadbiran ahli gabungannya.

Kenyataan yang diberikan Zaiton turut membayangkan bahawa tiada hukuman berat seperti penggantungan atau pembatalan pendaftaran akan diambil terhadap FAM seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini.

– Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");