Berita Hari Ini

Aktiviti cucuk tanam lebih mudah

MACHANG – Penerapan teknologi dalam bidang pertanian hari ini mampu menghasilkan pulangan yang baik kepada pengusaha jika ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Pegawai Pertanian Machang, Sidik Dauk berkata, pihaknya memperkenalkan pelbagai teknologi pertanian bandar di kawasan pejabat bagi menarik minat orang ramai mencubanya.

Menurutnya, selain bunga, sayur-sayuran juga mampu menjadi landskap dan terapi minda serta penyelesaian terbaik bagi mengurangkan kos perbelanjaan harian.

“Selain makan sendiri mereka boleh jual kepada jiran terdekat. Projek tanaman secara piskiponik dan NFT (nutrient film technique) ini amat mudah, menjimatkan masa serta mudah.

“Kami berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat dengan mengusahakannya terlebih dahulu dan secara tidak langsung akan menarik minat mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini, kelmarin.

Sidik berkata, kepelbagaian teknologi penanaman tersebut boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja dengan mendapatkan pendedahan, sedikit ilmu, usaha dan minat yang mendalam.

Katanya, kaedah piskiponik adalah kombinasi aktiviti akuakultur (ternakan ikan dalam kurungan) dan teknik hidroponik yang sangat mudah serta menjimatkan, manakala NFT adalah teknik hidroponik (tanaman sayur-sayuran tanpa tanah) iaitu baja dalam bentuk larutan dialirkan melalui satu kitaran saluran bersambung.

Tambah beliau, penglibatan komuniti dalam amalan tersebut dapat meningkatkan kemahiran perancangan projek, pengurusan, teknik pertanian serta persekitaran dan perniagaan.

“Pada masa sama, amalan pertanian bandar berasaskan penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan integrasi sosial dan kesejahteraan kejiranan.

“Oleh kerana penduduk kota sangat sibuk, teknologi yang disyorkan mestilah mudah, tak memerlukan kemahiran yang spesifik atau hanya memerlukan kemahiran yang mudah untuk dipelajari,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");