Panasnya Hari Ini

AMANAH Nafi Terima Dana Dari DAP

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan dakwaan bahawa parti itu menerima bantuan kewangan daripada rakan sekutunya, DAP.

Setiausahanya, Anuar Mohd Tahir berkata, parti yang baru ditubuhkan itu bersedia untuk menolak walaupun DAP mahu menghulurkan sumbangan demi menjaga nama baik AMANAH.

“Kita mula komuniti pertama kita seramai 30 orang. Termasuk Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Khalid Abdul Samad yang dari Gerakan Harapan Baru,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambahnya lagi, parti itu menggunakan wang yang disumbangkan oleh 30 pemimpin yang telah menggerakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) dengan sumbangan sebanyak RM40,000 setiap seorang.

Jelasnya, AMANAH turut berkata bahawa antara sumber lain bagi dana parti itu adalah melalui pendaftaran keahlian.

“Bila keahlian baru, yuran mendaftar yang dikenakan adalah RM10. Dari situ, RM5 untuk pusat, dan RM5 lagi untuk negeri,”katanya.

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa AMANAH akan terus mengamalkan konsep sumbangan dan derma dari ahli-ahlinya.

“Kita akan amalkan konsep derma. Lebih baik dapat derma ikhlas daripada ahli berbanding orang luar. Kita tidak mahu sesetengah pihak menguasai kita,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");