Jenayah

Amukan kereta sapu

Kuala Pilah: Insiden berebut penumpang dipercayai punca seorang pemandu teksi wanita pengsan selama 15 minit apabila kepalanya terhantuk pada batu selepas ditolak seorang lelaki yang juga pemilik kereta sapu dalam kejadian di hadapan pintu masuk sebuah kolej di pekan ini, kelmarin.

Mangsa Loong Chew Lan, 64, pengsan akibat cedera di kepala sebelum menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang ketika lelaki terbabit dipercayai tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa cuba merampas penumpangnya sebelum tercetus perang mulut.

Menceritakan semula kejadian itu, Loong berkata, pada hari kejadian, dua penumpang wanita yang juga pelajar kolej terbabit bersetuju menaiki teksinya untuk ke pusat beli-belah di pekan ini.

“Sebaik membuka pintu, lelaki terbabit datang dan seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan saya membawa penumpang berkenaan. Lelaki itu kemudian menghalang sambil meminta RM2 daripada dua penumpang menyebabkan saya tidak berpuas hati lalu menegurnya.

“Ia menyebabkan lelaki itu berang dan memarahi saya hingga berlaku pertikaman lidah sebelum saya ditolak sehingga jatuh menyebabkan kepala terhentak di atas batu.

“Saya tidak tahu apa berlaku selepas itu. Sebaik membuka mata, saya sudah berada di wad kecemasan HTAN dihantar anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");