Membawang Hari Ini

Anis Al-Idrus Elak Dedah Foto Bercinta Demi Maruah

SHAH ALAM: Pelakon Anis Al Idrus menganggap ketiadaan foto mesranya bersama bekas kekasih iaitu Sharnaaz Ahmad di Instagram mereka sebelum ini adalah kerana enggan hubungan terlalu didedahkan kepada umum.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 27, berkata, ia juga untuk menjaga maruah keluarga masing-masing kerana hubungan berkenaan pada ketika itu masih belum pasti.

“Pada saya hubungan yang belum pasti tidak perlulah ditunjuk-tunjuk kepada umum, itu juga membawa kepada maruah keluarga kita.

“Nasib baik juga saya tidak terlalu banyak gambar di laman sosial, kalau tidak… malu juga keluarga saya” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran bulu mata Elise di Ruang, dekat sini pada Khamis.

Anis berkata demikian ketika ditanya apabila segelintir pihak cuba membandingkan hubungan cinta lalunya bersama Sharnaaz Ahmad yang kurang menonjol di media sosial.

Manakala hubungan pelakon lelaki itu dengan kekasih baharunya iaitu kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila menjadi sebaliknya apabila banyak gambar-gambar mereka dikongsi bersama peminat.

Bagaimanapun, Anis berkata, perkara itu adalah hak masing-masing.

“Memang ada yang membandingkan tentang perkara itu, tapi saya rasa sesebuah hubungan tidak boleh diterjemahkan menerusi foto.

“Melainkan sudah ada ikatan tertentu dengan tujuan memberitahu orang lain bahawa dia adalah milik kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang populariti dan namanya mula dikenali disebabkan aktor itu, Anis berkata, dia menyepi sebelum ini kerana memberi fokus terhadap bidang perniagaan.

Dia juga menerima tawaran berlakon selepas perniagaan butik yang diusahakan stabil.

“Saya menyertai bidang peragaan masa umur 15 tahun dan lakonan umur 19 tahun. Selepa itu saya berhenti sekejap untuk fokus pada bisnes.

“Sekarang saya aktif semula selepas tiga tahun kerana bisnes saya sudah boleh diuruskan pekerja,” ujarnya.

alam perkembangan lain, Anis baharu sahaja menceburi bidang nyanyian dan bakal melancarkan single berjudul Mengapa tidak lama lagi.

Kata Anis, lagu tersebut tiada kaitan dengan perasaan hati dan kisah putus cinta yang dilalui dengan pelakon itu.

“Lagu dan lirik bukan saya buat, saya nyanyi sahaja dan tiada pun kaitan soal hati dan perasaan.

“Insya-Allah ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Selain nyanyian, drama bersiri Uda & Dara juga sedang ditayangkan di Astro Ria,” ujarnya.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");