Isu Panas

Apa khabar reformasi selepas 18 tahun?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR , R Sivarasa menjelaskan, banyak pencapaian yang dicapai oleh ‘semangat’ reformasi selepas 18 tahun ia berlalu.
?
“Mungkin ada yang pandang secara sinis dan mengatakan tiada apa-apa ‘sumbangan’ reformasi kerana ketika ini Umno /BN masih memerintah. Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam penjara. Jadi apa yang sudah kita capai?

“Namun kena ingat impak reformasi telah memberi kesedaran yang jelas kepada kita. Sebelum tahun 1998 kesedaran rakyat terhadap isu tahanan tanpa bicara mereka tidak tahu , namun selepas 1998 jauh berbeza ada kesedaran, begitu juga dengan kesedaran politik, dulu hendak hantar ? risalah politik susah selepas zaman reformasi orang minta risalah politik.
?
?”Dan inilah pencapaian reformasi kesedaran politik dan nilai-nilai Deklarasi Permatang Pauh, seluruh negara dari Perlis sampai Johor hingga ke Sabah, itu bukan satu pencapaian kecil itu pencapaian yang besar,” katanya dalam Forum Reformasi Perjuangan Diteruskan, semalam.?

Mengulas lanjut Sivarasa berkata pencapaian reformasi bukan hanya tertakluk kepada memilik kuasa dan pengaruh semata-mata.

“Pencapaian kita bukan pada kuasa, reformasi adalah lebih besar nilai-nilainya, namun akhirnya perjuangan ini perlu diteruskan,” katanya.

Mengimbau kembali kisah refomasi ini ia bermula pada 1998,apabila Anwar telah mencuri pandangan umum apabila ‘orang nombor dua’ dalam negara ketika itu telah dipecat dan ditangkap pada 20 September 1998.

Anwar kemudiannya dipenjara berhubung tuduhan salah guna kuasa dan liwat.

Beliau telah dikenakan hukuman penjara selama enam tahun.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");