Laporan Eksklusif

Apakah yang dimaksudkan dengan TPPA Mengikut Amerika

Kenyataan oleh Presiden Amerika Tentang TPP pada 5 Oktober 2015

“Sepanjang saya menjadi Presiden, setiap hari saya berjuang untuk memastikan ekonomi kita sentiasa berkembang dan memperkukuhkan kelas pertengahan.

Ianya bermakna bahawa pekerja kita untuk bersaing secara adil di Negara ini, dan mempunyai peluang untuk bersaing di seluruh dunia secara adil. Pendekatan yang saya gunakan terhadap perdagangan di dunia ini dipandu melalui prinsip penyatuan iaitu menyamaratakan tempat untuk pekerja dan perniagaan Amerika untuk kita boleh mengeksport lebih banyak cop “Made in Amerika’ di seluruh dunia yang akan terus menyokong dan membayar lebih tinggi kepada pekerja di Amerika.

Pada musim panas, parti Demokrat dan Republikan hadir bersama-sama membantu USA berbincang tentang perjanjian perdagangan bebas dan adil yang mampu untuk menyokong para pekerja, perniagaan dan ekonomi secara keseluruhannya. Apabila pelanggan yang berpotensi yang kita miliki melebihi 95 peratus yang tinggal di luar Negara kita, kita tidak boleh membiarkan Negara seperti China menulis peraturan terhadap ekonomi dunia. Kita yang sepatutnya menulis semua peraturan tersebut, membuka pasaran baru kepada produk-produk Amerika disamping menetapkan standard yang tinggi bagi melindungi pekerja dan mengekalkan persekitaran kita.

Itulah perjanjian yang telah dipersetujui hari ini di Atlanta. Menteri Perdagangan dari 12 buah Negara akan mengakhiri perbincangan tentang TPP dan perjanjian itu akhirnya akan mencerminkan nilai-nilai Negara ini dan memberikan kejayaan secara adil kepada rakyat Negara ini.

Perjanjian ini akan memberikan kebaikan kepada pekebun, ladang dan pengilang dengan menghapuskan lebih daripada 18,000 cukai di pelbagai Negara yang dikenakan terhadap barangan kita. Ianya termasuklah komitmen yang kukkuh terhadap tenaga kerja dan ersekitaran terhadap perjanjian perdangan dalam sejarah, dan komitmen akan dikuatkuasakan, tidak seperti perjanjian yang lalu. Ia akan mempromosikan perhubungan Internet bebas dan terbuka. Ianya akan memperkuatkan hubungan strategic kita bersama dengan rakan dagangan di di rantau adalah penting untuk abad ke-21. Ia merupakan satu perjanjian yang akan meletakkan pekerja-pekerja Amerika bagi membantu keluarga kelas pertengahan terus maju.

Setelah ianya telah dimuktamadkan oleh perunding tentang teks perjanjian ini, Rakyat Amerika dan Kongress mempunya masa selama sebulan untuk membacanya sebelum saya menandatanganinya. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan penggubal undang-undang dari kedua-dua pihak bagi mempertimbangkan perjanjian ini. Jika perjanjian ini dipersetujui oleh semua, kita dapat membantu perniagaan kita menjual barang dan perkhidmatan ‘Made In America’ di seluruh dunia dan kita dapat membantu lebih ramai pekerja Amerika untuk bersaing.”

Tahniah kepada 11 buah Negara Asia Pasifik yang bersetuju unuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan Amerika. Negara-negara tersebut ialah Jepun, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore dan Vietnamm. Terima kasih atas segala usaha anda.

Ada satu soalan kepada pemimpin Negara Asia Pasifik yang akan menandatangani TPPA: Jika strategi Amerika melalui TPPA adalah untuk menjaga kepentingan produk syarikat koperat Amerika dan memasuki Negara yang menandatangani perjanjian itu , bagaimana TPPA dapat membantu produk dari Negara luar memasuki pasaran Amerika?

Diambil dari laman web White House:

Trans-Pacific Partnership

Apa yang anda perlu tahu tentang Perjanjian Perdagangan Presiden Obama
Menulis Undang-Undang Yang Menyokong Pekerjaan di Amerika. Meskipun polisi perdagangan Amerika dilihat agak ketinggalan, tetapi ianya mempunyai signifikannya yang tersendiri dan memberi impak yang kuat kepada ekonomi dan berbillion rakyat Amerika.

Jika anda membeli produk sehari-harian dan mengeksportnya ke luar Negara, anda juga mampu untuk mengembangkannya dari Negara ini.

Kenapa? 95 peratus pengguna dunia berada di luar sempadan Negara kita.
Barang dan perkhidmatan ‘Made in America’ sentiasa mendapat permintaan yang menjadikan Amerika adalah Negara pengeksport yang penting terhadap ekonomi.

Malah, eksport memainkan peranan yang penting bagi memulihkan ekonomi Amerika daripada kemelesetan. Jadi, kaedah yang digunakan adalah adil, rakyat Amerika boleh bersaing dengan sesiapa sahaja di dunia ini.

Tahun lalu, kita telah memecahkan rekod dalam eksport Amerika lima tahun berturut-turut. Menjual barang dan perkhidmatan dengan nilai $2.34 trillion. Ini adalah sebabnya mengapa ianya penting: lebih banyak kita jual ke luar Negara, lebih banyak pekerjaan dengan gaji yang tinggi di Negara ini.

Mereka cenderung untuk membayar gaji kepada rakyat Amerika, ini bermakna syarikat-syarikat pengeksport ini akan membayar sehingga 18 peratus berbanding syarikat-syarikat lain.

Tetapi sekarang, polisi perdagangan kita-status quo- meletakkan para pekerja dan perniagaan kita berada dalam keadaan kurang baik, dengan kos yang tinggi untuk barangan Amerika, lebih banyak halangan terhadap perdagangan kita, ianya meletakkan standard kita lebih rendah bagi pekerja dan alam sekitar di luar Negara berbanding di Negara kita.

Ini adalah sebab mengapa Presiden Obama dengan membuat kesimpulan terhadap rundingan TPP dan akan bekerjasama dengan Kongress bagi memudahkan prosesnya ke dalam undang-undang. TPP adalah satu persetujuan perdagangan bersama 11 buah Negara lain di Asia Pasifik termasuklah Kanada dan Mexico yang akan menghapuskan lebih 18,000 cukai di Negara lain terhadap produk ‘Made in America’.

Melalui TPP, kita boleh menulis semula undang-undang dan peraturan perdagangan yang akan menguntungkan kelas pertengahan di Amerika. Jika tidak, pesaing tidak akan berkongsi peluang yang ada, seperti China, yang akan sentiasa mencari peluang untuk mengisi peluang yang ada.

Itu adalah sebab mengapa polisi perdagangan Presiden adalah langkah yang terbaik bagi memastikan para pekerja, perniagaan dan nilai bagi membentuk ekonomi dan globalisasi di kurun ke-21, daripada kita ketinggalan jauh ke belakang.

Sumber: https://jebatmustdie.wordpress.com/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");