Perak Hari Ini

Aplikasi Khas Bantu Pengguna

TAIPING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) akan memperkenalkan sebuah aplikasi khas dalam usaha untuk membantu pengguna di negara ini.

Menteri KPDNKK, Datuk Hamzah Zainuddin menyatakan tujuan aplikasi tersebut diperkenalkan adalah untuk orang ramai mendapatkan maklumat penurunan harga barang yang dilakukan oleh pasaraya -pasaraya besar dengan lebih pantas.

Menurut beliau, pihak KPDNKK sedang membuat kajian mengenai cara untuk merealisasikan kewujudan aplikasi tersebut yang dijangkakan akan dapat membantu masyarakat di seluruh negara untuk membeli dengan lebih efisien.

“Ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pengguna di seluruh negara kita”, ujarnya selepas merasmikan kempen penurunan harga barang di pasaraya Pacific, Taiping Mall, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kempen yang dianjurkan pada hari ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna bahawa terdapat penurunan harga barangan yang dilakukan di pasaraya-pasaraya.

PERAK TODAY 2

“Mereka dapat bekerjasama dengan kerajaan dalam kempen untuk turunkan harga dan saya dapati kebanyakan produk-produk mereka diturunkan harga dengan lebih rendah sekali”.

Cuma seperti biasa strategi mereka untuk turunkan harga produk ini hanya dalam masa dua hari dan selepas dua hari produk lain pula yang akan turun harga”, ujar beliau.

Beliau juga mahu semua pengguna di Malaysia memahami bagaimana cara untuk memilih barang di pasaraya kerana setiap pasaraya di Malaysia mempunyai promosi yang berbeza.

PERAK TODAY 5

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");