Sukan Hari Ini

Argentina terus dirundung malang

PERJALANAN Argentina dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2018 bagi Zon Amerika Selatan masih belum meyakinkan.

Ini kerana dalam aksi kedua, menentang Paraguay, skuad Tango sekadar meraih satu mata selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Keputusan itu amat mengecewakan buat jurulatih Argentina, Gerardo Martino.

“Kami datang ke Paraguay untuk memulihkan semangat kami selepas berdepan kekalahan dalam aksi pertama.

“Kami sangat menyesal dengan keputusan ini. Sasaran kami hanya mahu tiga mata,” katanya.

Dalam aksi pertama, Argentina tewas 0-2 menentang Ecuador.

Argentina kini menghuni tangga ketujuh dengan satu mata.

Dalam aksi lain, Brazil kembali merekodkan kemenangan selepas menundukkan Venezuela 3-1.

Willian meledakkan dua gol pada minit pertama dan 42 sementara Ricardo Oliveira melengkapkan kemenangan Brazil melalui jaringan ketiga m-74.

“Ini perlawanan menarik dan kami seharusnya mampu menang dengan jaringan lebih banyak,” kata Willian.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");