Sukan Hari Ini

Arsenal wajib menang ke atas United

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menganggap mengalahkan Manchester United malam ini mampu memberi suntikan semangat kepada The Gunners dalam usaha mengejar kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Wenger berkata, kemenangan penting bagi Arsenal untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan teratas.

Walaupun Arsenal baru sahaja mengalami kekecewaan dalam saingan Liga Juara-Juara namun Wenger yakin pemainnya mampu bangkit.

“Perlu menang, kami perlu menang di tempat sendiri kerana akan memberi suntikan moral yang sangat besar, sekali gus mengurangkan jurang mata dengan mereka.

“Kami tidak berjaya di Liga Juara-Juara, tapi saya tak melihat kami juga tidak akan berjaya di EPL.

“Jadi objektif kami sekarang ialah untuk melakar kemenangan malam ini dan saya yakin kami ada peluang untuk berbuat demikian,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");