Membawang Hari Ini

Aziz Harun Rancang Menetap Di Malaysia 5 Tahun Lagi

PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Brunei Aziz Harun merancang akan menetap di negara ini lima tahun lagi selepas dia menamatkan pengajiannya.

Aziz, 17, berkata, dia mahu menyambung pengajiannya dalam bidang ekonomi di United Kingdom dahulu sebelum memberi fojus terhadap kerjaya nyanyian.

“Selepas tamat A Level di Sekolah Antarabangsa Jerudong, Brunei Darussalam, saya mahu belajar dahulu selama lima tahun, baru boleh fokus dalam muzik pula.

“Dan bagi memudahkan pergerakan, saya akan menetap di sini (Malaysia). Tetapi belum merancang untuk menukar kerakyatan memandangkan keluarga saya masih di Brunei,” katanya.

Aziz ditemui pasa majlis pelancaran single baharunya, Beautiful di pejabat Warner Music Malaysia, di sini pada petang Jumaat.

Beautiful merupakan single kedua Aziz selepas kejayaan Senyum, yang berjaya meraih lebih 200,000 unit muat turun digital pada tahun ini.

Lagu tersebut telah dicipta oleh Aziz bersama Faizal Tahir,Mike Chan dan Omar K.

“Beautiful mengisahkan tentang pujian kepada golongan wanita yang kurang keyakinan diri dan tidak berasa diri mereka menarik.

“Idea itu diinspirasi daripada luahan peminat-peminat wanita di Twitter, yang sering rasa terdapat kekurangan dalam diri mereka.

“Saya pun satu ketika pernah melalui benda sama.Sebab itu menerusi lagu ini saya mahy menaikkan semula semangat dan keyakinan diri pada wanita-wanita yang mengalami masalah ini,”ujarnya.

Beautiful merupakan edaran Warner Music dan Faithful Music Sdn Bhd. Lagu tersebut kini boleh didapati di iTunes, Kkbox dan Spotify.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");