Sukan Hari Ini

Azraai hormati pendirian Rozaimi

Kota Kinabalu: Ketua jurulatih baru Sabah Azraai Khor Abdullah menghormati keputusan bekas penyerang muda Mohd Rozaimi Abdul Rahman untuk beralih angin dengan menyertai pasukan Liga Super musim depan.

Katanya, beliau akan berjumpa sendiri pemain itu bagi mengetahui punca sebenar Rozaimi mahu berpindah.

“Saya baru mengendalikan pasukan ini dan menghormati keputusannya untuk berpindah,” katanya.

Kelmarin, Rozaimi mengesahkan kontraknya bersama skuad Badak tidak disambung dan berhasrat berpindah menyertai pasukan Liga Super musim depan.

Azraai berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) untuk membuat keputusan.

“Saya mendengar banyak perkara mengenai Rozaimi sebagai pemain kebangsaan. Saya berharap dapat berjumpa sendiri dengannya untuk mengetahui keadaan sebenar,” katanya.

Azraai berkata, semua pemain yang masih berada dalam skuad Sabah akan diberi peluang menunjukkan kebolehan mereka sehingga November ini.

“Kami juga akan mengadakan pemilihan Khamis (hari ini) dan Jumaat ini untuk memberi peluang mereka yang hadir menunjukkan bakat,” katanya.

Sementara itu, Azraai berkata, sehingga kini belum ada pemain terpilih secara rasmi untuk menyarung jersi Sabah musim depan.

“Jadi, tidak adil untuk menggugurkan mana-mana pemain buat masa ini kerana saya belum melihat sepenuhnya kebolehan mereka.

“Apa yang penting pemain perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam tempoh dua bulan ini untuk membuktikan sesuatu,” katanya.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");