Panasnya Hari Ini

Bajet 2016: KJ Harap Bajet Terbesar Untuk Sukan Negara

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengharapkan satu peruntukan bajet yang terbesar menjelang pembentangan Belanjawan 2016 yang bakal diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Ujarnya, bagi penganjuran pelbagai program sukan kelak memerlukan peruntukan wang yang besar dan peruntukan merangkumi agenda sukan antara yang diharapkannya.

“Saya harapkan bajet terbesar.

“Saya harapkan bajet besar untuk sukan sebab kita ada persiapan Sukan Olimpik tahun depan selain Program Podium dan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017.

“Jadi kita sudah minta supaya ketiga-tiga program utama ini dapat dipertimbangkan selain belanjawan untuk semua sukan,” katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) bersama Malaysia Marine And Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) semalam memetik sumber Harian Metro hari ini.

Terdahaulu dalam pembentangan Bajet 2015, Kementerian Belia dan Sukan menerima peruntukan RM103 juta dalam mentransformasikan Malaysia menjadi negara bersukan menerusi empat langkah bersepadu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");