Panasnya Hari Ini

Bajet 2016: Program Pemilikan Rumah Diteruskan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat akan meneruskan program pemilikan rumah yang menjadi isu semenjak beberapa tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2016 menyatakan pelbagai program pemilikan rumah bagi segenap lapisan pendapatan telah dirangka.

“Pertama sekali, membina 175 ribu unit rumah untuk program PR1MA yang dijual 20 peratus di bawah harga pasaran, dengan peruntukan RM1.6 bilion. Sebanyak 10,000 unit dijangka siap tahun hadapan,”.

“Keduanya, sebanyak 10 ribu unit Rumah Mesra Rakyat bakal dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi RM20 000 bagi seunit rumah dengan peruntukan RM200 juta,” ujar beliau.

Bajet 2016 juga mengandungi peruntukan untuk membina 100,000 unit rumah Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M), menjelang tahun 2018, dengan harga di antara RM 90,000 hingga RM 300,000 dengan bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos pembangunan disediakan.

“Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerjaan Tempatan (KPKT) juga akan membina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat dengan Peruntukan RM863 juta”.

“Selain itu, Kerajaan akan menyediakan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah mampu milik bagi tujuan bayaran deposit. Untuk ini, RM200 juta diperuntukan,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, Kerajaan akan membina 5,000 unit rumah PR1MA dan PPA1M di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor LRT serta monorel, antaranya di Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa.

“Peruntukan RM60 juta kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli juga telah disediakan,” katanya.

Beliau juga berkata, Kerajaan akan membina rumah untuk generasi kedua peneroka, iaitu 20,000 unit rumah oleh FELDA, 2,000 unit rumah oleh FELCRA dan 2,000 unit rumah oleh RISDA.

“Bagi rumah FELDA, harga maksima kini diturunkan kepada RM70,000 berbanding RM90,000 sebelum ini”, ujarnya.

Najib juga menyatakan sebanyak 800 unit rumah mampu milik akan dibina oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) berhampiran stesen MRT dalam Kawasan Pusat Bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa Land milik KWSP, dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime Darby Property.

Sebanyak RM40 juta juga peruntukan di bawah KPKT bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai.

Selain itu, pengecualian duti setem juga akan diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");