Berita Hari Ini

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Sertai G25

PETALING JAYA: Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunos merupakan personaliti terbaharu yang menyertai kumpulan tokoh Melayu profesional atau G25.

Ketika mengalu-alukan penyertaannya, jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata Hishamudin pernah berkhidmat dengan cemerlang dalam badan kehakiman.

“Keberanian, kebebasan dan integritinya dalam menegakkan sumpah jawatan akan terus dikenang dan telah memperoleh penghormatan daripada bukan sahaja rakan-rakannya tetapi semua rakyat Malaysia,” kata Farida dalam kenyataan pada Rabu.

Hishamudin pernah menghakimi beberapa kes penting membabitkan isu hak asasi manusia seperti mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan.

Kes berkenaan difailkan tiga jurusolek lelaki Islam yang berpakaian atau berlagak seperti wanita di tempat-tempat awam.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");