Sukan Hari Ini

Belgium bakal rampas nombor satu

BELGIUM dijangka merampas ranking nombor satu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) November depan berikutan kemenangan 3-1 ke atas Israel dalam Kelayakan Euro 2016, awal pagi semalam.

De Rode Duivels yang kini menduduki ranking ketiga awal bulan ini akan memintas Jerman yang tewas kepada Republik Ireland dan pendahulu semasa, Argentina kecundang di laman sendiri kepada Ecuador serta seri berdepan Paraguay kempen Zon Amerika Selatan.

Berdasarkan laporan espnfc.com semalam, Belgium akan mengutip 1,440 mata pada ranking terbahrtui Fifa yang akan dikeluarkan pada 5 November depan sementara Jerman kedua, 1,388 diikuti Argentina 1,383.

Skuad Belgium dibimbing Marc Wilmots itu pernah berada di kedudukan 66 dunia pada 2009 dan menampilkan peningkatan memberangsangkan dalam tempoh enam tahun.

Bagaimanapun, perbezaan jelas ketara seandainya mereka kalah kepada Israel menyebabkan mereka jatuh tiga anak tangga di belakang Portugal yang berada di tangga keempat.

Manakala, Wales terpaksa turun ke tangga 15 berbanding kedudukan kelapan dunia.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");