Panasnya Hari Ini

Bendera Palestin Akhirnya Berkibar Di Bangunan PBB

KUALA LUMPUR:Hasil resolusi yang disokong oleh 119 negara dengan 45 daripadanya berkecuali Bendera negara Palestin buat pertama kalinya berjaya dikibarkan di Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York semalam.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, biarpun resolusi itu menerima lapan undi menolak termasuk Australia, Israel dan Amerika Syarikat Bendera Negara akhirnya berjaya dikibarkan sebaris dengan bendera negara lain.

Kibaran bendera itu dilakukan selepas mengambil kira rayuan yang dibuat oleh pemimpinnya, Mahmoud Abbas pada perhimpunan Agung PBB pada Selasa (Rabu di Malaysia).

Kibaran itu juga telah disaksikan oleh pemimpin-pemimpin dunia termasuk Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman.

Mahmoud semasa berucap tampil menegaskan agar negara-negara yang masih belum mengiktiraf Palestin supaya bertindak demikian.

Selaku berstatus pemerhati dalam perhimpunan itu, Palestin katanya berhak mendapat keahlian penuh dan pengiktirafan sebagai sebuah negara dalam PBB.

Beliau menyampaikan ucapan itu sebelum majlis mengibarkan bendera Palestin di badan dunia itu buat pertama kali sebaris bersama 193 lagi bendera negara ahli PBB.

“Palestin adalah negara pemerhati di PBB, berhak untuk mendapat pengiktirafan dan keahlian penuh,” katanya yang dipetik daripada agensi berita AFP.

Terdahulu, pada 10 September lalu, Perhimpunan Agung PBB mengundi bagi membenarkan bendera Palestin dan Vatican dikibarkan di PBB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");