Perak Hari Ini

Bengkel ‘Ecological Thinking’, Pupuk Kesedaran Pelihara Sungai

IPOH: Bengkel ‘Ecological Thinking’ yang dianjurkan oleh beberapa pihak dilihat mampu mempupuk kesedaran untuk memelihara sungai daripada tercemar.

Program anjuran bersama antara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga Hotel Kinta Riverfront telah berlangsung selama sehari bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Menurut penyelaras program, Raziah Abdul Manaf, bengkel berkenaan diadakan bagi memberikan pendidikan dan kesedaran kepada para pelajar tentang kesan daripada tindakan manusia terhadap alam sekitar.

PERAK TODAY 3

Ujarnya, melalui program ini juga mampu memupuk kepekaan terhadap alam sekitar dan isu-isu yang berkaitan serta dapat mengambil tindakan sewajarnya melalui langkah-langkah pengawalan yang betul.

“Kami nak mendidik dan memberikan kesedaran kepada mereka tentang tindakan kita itu ada impaknya kepada alam sekitar

“Kalau kita lihat kesan-kesan terhadap alam sekitar ini adalah disebabkan oleh tindakan manusia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

PERAK TODAY 1

Beliau berkata lagi, antara pengisian program pada hari ini adalah dengan melakukan pembersihan sungai.

“Hari ini program kami adalah untuk membersihkan sungai bagi meningkatkan kualiti air sungai.

“Banyak perkara yang boleh dilakukan, salah satunya cara yang digunakan pada hari ini adalah dengan menggunakan ‘mud balls’ ataupun bola selut yang diperbuat daripada beberapa bahan,” katanya lagi.

Beliau juga berharap dengan khidmat masyarakat yang dilakukan itu boleh membersihkan sungai tersebut yang tercemar.

PERAK TODAY 2

Sementara itu, menurut salah seorang peserta, Mok Shue Yee, 16, program berkenaan mampu mempupuk semangat dalam dirinya untuk menjaga kebersihan sungai bagi mengelakkannya daripada tercemar.

“Kita harus memelihara sungai bukan sahaja untuk masyarakat pada masa kini, tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya.

Bertemakan ‘Save Our Rivers Towards A Better Water Quality’, Bengkel ‘Ecological Thingking’ tersebut telah disertai oleh 90 pelajar SMK Raja Perempuan, tiga pensyarah dan 12 orang fasilitator dari UPSI.

Pelajar juga telah dibawa untuk melihat bagaimana proses pengasingan sampah yang terdapat dalam sungai dan juga diberi peluang untuk mencampakkan bola selut ke dalam sungai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");