Membawang Hari Ini

Berat Azmarul turun 50kg

Mereka yang bergelar artis bukan saja mesti mempunyai suara yang bagus, tetapi juga stamina tinggi kerana kerjaya itu memerlukan mereka bergerak aktif di atas pentas.

Menjadi artis juga menuntut mereka tampak sempurna di mata peminat terutama suara. Mesti ada teknik pernafasan yang betul agar tidak ‘putus suara’ atau tercungap-cungap ketika membuat persembahan.

Tidak dinafikan bekas peserta program Vokal Bukan Sekadar Rupa terbitan TV3 pada 2011, Azmarul Azuan, 30, memiliki vokal yang mantap. Hanya mendengar suaranya saja ramai jatuh hati.

Dia yang kini bernaung di bawah Cloudworks Entertaiment tampil dengan single baru berjudul Akhirnya Padamu, ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Habsah Hassan.

Azmarul yang sebelum ini memiliki berat badan 220 kilogram (kg) berjaya menurunkan 50 kilogram dan tujuannya bukanlah kerana ingin tampil menarik depan khalayak, tetapi atas faktor mahu menjaga kesihatan dan stamina.

“Alhamdulillah saya berjaya kurangkan berat badan 50 kilogram.

“Walaupun masih gempal, banyak perubahan berlaku terutama stamina ketika menjayakan persembahan.

“Selain bersenam saya juga mengamalkan pemakanan seimbang. Jika dulu saya cepat letih dan tercungap-cungap, kini masalah itu semakin berkurangan.

“Saya harap dapat menurunkan lagi berat badan demi kerjaya dan kesihatan,” katanya.

Berhadapan saingan sengit dengan kemunculan ramai bakat baru, Azmarul bertuah kerana pemilik Cloudworks Entertainment, Aszuad Zakaria, percayakan bakat yang ada padanya.

Dengan hanya mendengar alunan suaranya menerusi YouTube, Aszuad yakin, jika kena cara Azmarul boleh pergi jauh.

Keyakinan yang ditunjukkan Aszuad secara tidak langsung membakar semangat Azmarul untuk terus berusaha melakukan yang terbaik.

Putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidupnya, malah Azmarul sanggup bekerja keras demi merealisasikan impiannya berjaya dalam bidang nyanyian.

“Saya tidak bimbang mengenai populariti kerana peminat semakin bijak menilai bakat artis.

“Jika kita bagus dan rajin berusaha, Insya-Allah akan berjaya,” katanya.

Anak jati Melaka ini pernah merakamkan single pertama berjudul Kau Akhiri, juga ciptaan Azlan Abu Hassan.

Single itu berjaya melonjakkan namanya apabila terpilih sebagai finalis kategori Artis Baru Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014.

“Saya tidak pernah menyangka menerima pengiktirafan sehingga ke tahap itu. Ia menyuntik keyakinan saya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");