Membawang Hari Ini

Bergelut pelbagai dugaan

Gadis ini berjaya menarik perhatian dunia dengan pesonanya. Ramai menceburui dan mahu menjadi dirinya, malah dia menjadi idaman lelaki.

Cara Delevigne, 23, memiliki pakej lengkap. Bukan saja jelita dan hebat di pentas peragaan, dia juga berbakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan memiliki personaliti menarik serta lucu.

Namun siapa sangka, perjalanan hidupnya penuh onak duri. Ketika kecil, pelakon Paper Towns itu melalui pengalaman cukup memedihkan.

Untuk sampai ke tahap sekarang, dia perlu bergelut dengan pelbagai dugaan.

“Sewaktu kecil dulu, saya tidak pernah berasa gembira menjadi diri saya sendiri dan selalu ingin hidup sebagai orang lain.

“Zaman kanak-kanak saya penuh dengan kesedihan, malah ibu saya seorang penagih tegar heroin dan berusaha untuk berhenti,” katanya.

Situasi itu ternyata sukar buatnya kerana pada usia itu dia dahagakan kasih sayang dan belaian seorang ibu.

“Sebagai anak kecil, saya mahu meluangkan banyak masa dengan ibu. Malangnya itu tidak berlaku dan saya sangat menderita.

“Pada umur 15 tahun, saya mengalami kemurungan yang teruk.

“Sekolah adalah mimpi ngeri buat saya dan hidup sangat teruk ketika itu. Pada masa itulah, saya sedar lakonan adalah terapi terbaik untuk rasa kembali bernyawa,” katanya.

Cara mengakui tidak pernah terlintas akan menurut jejak langkah kakakhnya, Poppy menjadi peragawati.

Niatnya ketika itu cuma satu iaitu ingin membuktikan boleh jadi lebih bagus daripada Poppy.

“Bapa kawan saya memiliki sebuah agensi peragaan dan minta saya datang uji bakat. Poppy ketika itu sudah cipta nama sebagai peragawati dan saya benci kalau dikatakan cuba menirunya.

“Tidak terfikir saya akan popular dan pelik apabila mendapat perhatian luar biasa sedangkan ia bukan cita-cita asal saya,” katanya.

Meskipun persembahannya dalam filem Paper Towns dikritik, dia akui berbakat sebagai pelakon.

Dia juga antara sahabat rapat penyanyi sensasi Taylor Swift selain turut menjayakan video muzik lagu Bad Blood.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");