Berita Hari Ini

‘Berhati-hati dengan berita di media sosial’

Kuala Terengganu: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru muslimin dan muslimat lebih berhati-hati dengan berita yang disebarkan atau disiarkan dalam media sosial.

Baginda dalam titahnya melahirkan rasa bimbang apabila berlakunya penyebaran viral berita palsu dan fitnah yang berleluasa melalui jaringan komunikasi media baru seperti Facebook, WhatsApp, laman blog, khidmat pesanan ringkas (sms) dan sebagainya yang boleh menggugat kestabilan dan perpaduan umat Islam.

“Beta menyeru agar muslimin dan muslimat lebih berhati-hati dengan berita-berita yang disebarkan atau disiarkan dalam media sosial.

“Betapa banyak fitnah yang terjadi akibat berita bohong yang disebarkan melalui komunikasi media baru menyebabkan ada darah yang tertumpah, kehormatan tercalar,persaudaraan terputus, suami isteri berpisah dan bangsa serta negara saling bermusuhan kerana terperdaya dengan berita palsu dan tidak benar.

“Beta menyeru umat Islam supaya sentiasa bersangka baik, bersatu padu dan bekerjasama untuk memastikan negeri dan negara terus maju, aman dan harmoni,” katanya ketika bertitah dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu 1437 Hijrah di Wisma Darul Iman, di sini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Dalam majlis itu, Sepiah Mohamad, 65, yang juga Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa pada 1998 dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1437 Hijrah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");