Sukan Hari Ini

Betis Conti dah OK!

Kuantan: Penyerang Pahang Matias Conti sudah bersedia untuk kembali membantu barisan serangan selepas pulih daripada kecederaan betis pada pertemuan menentang PKNS FC dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia sudah tidak sabar beraksi selepas terlepas dua perlawanan akibat kecederaan dan mengharapkan sokongan rakan sepasukan jika diturunkan.

Katanya, setakat ini dia sudah menjalani latihan dengan fokus utama adalah meningkatkan kecergasan serta memberikan perhatian terhadap perlawanan keempat pasukan.

“Sudah tentu saya tidak sabar beraksi dan kini terpulang kepada jurulatih kerana misi utama kami sudah tentu tiga mata.

“Saya harap kemenangan akan berpihak kepada kami untuk mencerahkan peluang layak ke suku akhir,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, jurulatih Tok Gajah Zainal Abidin Hassan berkata, nasib Conti hanya akan diketahui selepas sesi latihan petang ini.

“Sudah pasti saya mengharapkan sumbangan Conti untuk kembali menajamkan jentera serangan bersama Dickson Nwakaeme.

“Bagaimanapun, kedudukan Conti hanya akan disahkan esok (hari ini) selepas sesi latihan kerana saya mahu menurunkan kesebelasan terbaik berdepan PKNS,” katanya.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");