Berita Hari Ini

‘Bidang kemahiran juga ada masa depan’

?AMPANG – Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sektor kemahiran adalah sektor yang perlu diberi penekanan buat masa kini.

Nik Nazmi berkata, ini kerana untuk membangunkan negara, tenaga mahir adalah penyumbang utama dalam industri di Malaysia.

“Sektor kemahiran adalah sektor yang amat penting, sebenarnya daripada statistik di negara kita hanya 30 peratus daripada pelajar-pelajar kita hari ini masuk ke universiti, ada 70 peratus lagi di luar yang tidak masuk ke universiti tetapi kita tidak beri penekanan kepada bidang kemahiran secukupnya.

“?Negara juga perlu tenaga mahir untuk bangunkan negara, kalau di barat bekerja sebagai tukang paip boleh hidup selesa, kenapa tidak kita di Malaysia?

“Jadi atas kesedaran itu kita perlu lihat lebih terhadap bidang kemahiran,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian dalam Program ‘Lucid Dreaming To Improve Skill’ di? Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi menasihati masyarakat di negara ini agar mengubah pandangan terhadap pelajar yang menceburi bidang kemahiran.

“Betulkan konsep pelajar yang gagal masuk universiti tiada masa hadapan, sebenarnya mereka yang memasuki bidang kemahiran juga punyai masa depan yang cemerlang,” ujarnya.

Turut hadir dalam program itu Adun Teratai, Tiew Way Keng (DAP).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");