Berita Hari Ini

BR1M bantuan bersifat eksklusif

KUALA LUMPUR – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) lebih bersifat eksklusif yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir ?Khalid berkata, BR1M adalah salah satu bantuan yang disalurkan terus oleh kerajaan kepada rakyat.

Katanya lagi, jika pemberian subsidi diteruskan, bantuan seperti itu akan turut sama dinikmati oleh warga asing yang berada di negara ini.

“Kalau kita bagi subsidi minyak, orang luar (orang asing) pun isi minyak (di pam stesen) kita. Bantuan kerajaan itu perlu dikongsi dengan orang lain selain kita.

“Kita bagi BR1M maknanya bantuan itu hanya untuk rakyat sahaja. Kerajaan beri bantuan secara terus kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Online.

Semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua pada mendakwa ?pemberian BR1M oleh kerajaan sudah salah guna kuasa?.

Katanya, pemberian BR1M adalah bentuk bantuan yang sepatutnya disalurkan kepada golongan tertentu sahaja dan bukannya diberi kepada kebanyakan rakyat negara ini.

Mengulas mengenai dakwaan Tony, Mahdzir menyifatkan apa sahaja yang dibuat kerajaan tidak akan dapat memuaskan pembangkang.

“Sudah memang kerja dia membangkang, apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan memang pembangkang akan bangkang, sudah memang nama pun pembangkang,” balasnya lagi.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");