Jenayah

Budak tersepit ketika bermain

Kajang: Kanak-kanak berusia 7 tahun yang menghidap penyakit autisme dan epilepsy tersepit pada pagar tembok rumah di Bandar Tasek Kesuma, Semenyih.

Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, mangsa, Muhammad Izzul Sufi Zulkifli tersepit kepalanya antara ruang antara pagar tembok rumahnya sebelum diselamatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu dan ketika tiba di lokasi kejadian, mereka menemui mangsa tersepit.

“Anggota menggunakan peralatan menyelamat berkuasa tinggi untuk mengeluarkan mangsa.Kemudiannya mangsa diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipercayai termasuk ke dalam ruang antara pagar tembok itu ketika bermain bersendirian.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");