Sukan Hari Ini

Bukan misi mustahil: Hakimi

Kuala Lumpur: Atlet lompat kijang negara Muhammad Hakimi Ismail (gambar) menganggap bukan misi mustahil untuknya merebut tiket layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil lebih awal tahun depan meskipun perlu mencari 0.14 sentimeter lagi daripada catatan peribadi terbaiknya bagi melepasi had kelayakan 16.90 meter.

Selepas gagal melakukannya dalam beberapa kejohanan tahun ini, atlet berusia 24 tahun itu yang sebelum ini mengalami kecederaan belakang berharap dapat bangkit semula memperbaiki catatan terbaik peribadinya 16.76m ketika memenangi pingat emas Sukan SEA Singapura Jun lalu.

“Sekarang saya fokus untuk kejohanan pada Februari atau Mac tahun depan untuk layak ke Sukan Olimpik. Kalau boleh saya mahu memastikan tempat lebih awal kerana akan beri saya kelebihan untuk fokus kepada latihan bagi mencapai kemuncak prestasi di Olimpik nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Cemerlang Atlet Sukan MOM-SportsToto semalam.

Pada majlis itu, Hakimi menerima ganjaran RM1,000 atas kejayaannya menyumbang emas di Singapura serta memecahkan rekod kebangsaan dan temasya itu.

Hakimi yang kini berlatih bersama jurulatih Russia Viktor Sodikov bakal beraksi di Kejohanan Terbuka UniMAP minggu ini bagi mengekalkan prestasinya sebelum menyertai kejohanan besar tahun depan.

“Saya berharap dapat diberi peluang untuk beraksi di Kejohanan Tertutup Asia kemungkinan diadakan di Qatar awal tahun depan. Sekarang saya cuba untuk mengekalkan prestasi sebab saya baru mengalami kecederaan jadi buat permulaan saya akan beraksi dalam kejohanan tempatan dulu.

“Saya mahu mengekalkan catatan 16.30m ke atas dan bila di kejohanan besar saya akan cuba melakukan lompatan lebih baik. Saya yakin boleh melepasi had kelayakan itu kerana jika dilihat dari segi latihan, kekuatan saya dan ujian-ujian sebelum ini, jurulatih percaya saya boleh melakukannya.

“Apa yang perlu saya lakukan adalah membuktikannya di kejohanan sebenar,” katanya.

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");