Perak Hari Ini

#Buru : Polis Buru Suspek Kes Bunuh

TAPAH: Pihak Polis Tapah kini giat memburu seorang lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang pemandu lori pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak Din Keliaw kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.25 petang di Jalan Teluk Intan- Bidor berhampiran kawasan Jeram Mengkuang dan dipercayai berpunca daripada kemalangan di kawasan tersebut.

“Daripada maklumat orang awam dan isteri mangsa, mangsa baru sahaja menurunkan muatan sawit di Sungai Samak, Teluk Intan dan dalam perjalanan ke Bidor bersama isteri dan dua orang anaknya berusia dua tahun dan tujuh bulan.

“Semasa kejadian berlaku, isteri dan anak-anaknya sedang tidur dan hanya terjaga apabiila mendengar bunyi cermin pecah,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, tengah hari tadi.

PERAK TODAY 1

 

Tambahnya lagi, isteri mangsa kemudian mendapati terdapat tiga lelaki telah memecahkan cermin pintu lori tersebut dengan menggunakan seketul batu.

“Kemudian dua orang lelaki telah naik ke lori melalui pintu sebelah pemandau dan memukul mangsa dengan menggunakan kayu dan tangan.

“Mangsa dipukul sehingga masuk ke adalam parit ditepi jalan. Hasl maklumat orang awam, suspek menaiki sebuah kereta Hilux berwarna putih dengan nombor pendaftaran PHD 9444. Pihak polis kemudiannya mendapati nombor pendaftaran kereta tersebut adalah palsu,’ujarnya.

IMG-20151007-WA0005

Tambahnya, pihak polis turut menemui seketul batu dan sebatang kayu ditempat kejadian dipercayai digunakan sebagai senjata.

 

Som Sak berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tapah dan mangsa disyaki mengalami pendarahan dalaman dibahagian kepala dan perut, luka dibahagian belakang kepala selain daripada beberapa batang gigi mangsa patah.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

“Pada 1 September lalu, anggota polis pondok HRPB memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia pada jam 6.30 pagi dan disahkan oleh doktor,”ujarnya.

PERAK TODAY 6

Tambahnya, sehingga kini, pihak Polis berjaya membuat tangkapan terhadap tiga lelaki yang disayki terlibat dalam kes ini dua hari selepas kejadian tersebut berlaku.

“Hasil soal siasat, terdapat seorang lagi lelaki masih lagi bebas dan sangat diperlukan bagi membantu siasatan.

“Suspek adalah Jivanathan Nethieyanandan yang beralamat di No 47, Indian Settlement, Malim Nawar Perak.

“Suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau melibatkan dadah (dua kes), samun dan rusuhan,”katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah, ASP Md Nasri Fadzir melalui talian Hot-Line 05 – 401 5222 atau boleh menghantar pesanan ringkas ke Rakan Cops 32728 atau balai polis yang berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");