Jenayah

Buruan polis

Kuala Kubu Bharu: Polis memburu seorang ceti haram bagi membantu siasatan berhubung jenayah ugutan terhadap seorang wanita di Hulu Bernam di sini, Ogos lalu.

Suspek dikenali sebagai Ong Kah Chun (gambar), 22, atau Sky dikesan di alamat terakhirnya di Nombor 27, Jalan 2, Rumah Murah PKNS, Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, kejadian berlaku 25 Ogos lalu apabila suspek mengugut mencederakan mangsa menerusi kiriman SMS.

“Isi kandungan SMS itu bertulis ‘saya Sky punya boss, u jangan main-main’.

“Mangsa sebelum ini membuat pinjaman wang daripada dua lelaki termasuk suspek dan menjelaskan semua hutang, namun masih diganggu,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Inspektor Mohamad Firdaus Mohamad Khairi di talian 03-60641222.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");