Berita Hari Ini

CDERT Bantu Pengurusan Bencana

KUANTAN – Pasukan Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti Jabatan Pertahanan Awam (CDERT) diwujudkan sebagai persediaan awal dalam pengurusan bencana terutama banjir.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, pasukan itu akan menjadi barisan hadapan yang akan bergerak dengan pantas di kawasan yang mengalami bencana.

Menurutnya, penglibatan komuniti setempat dalam perkara itu dapat memantapkan lagi pengurusan bencana.

“Sehingga kini terdapat 86 pasukan CDERT melibatkan 2,580 individu sudah diwujudkan di seluruh negeri dan mereka akan peka dengan kawasan masing-masing terutama menjelang musim banjir.

“Kita mahu komuniti setempat melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mengambil tanggungjawab ini dengan proaktif,”katanya kepada media selepas merasmikan Penubuhan Pasukan
Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti JPAM Negeri Pahang di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (JPAM), Selamat Dahalan dan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Pahang, Kolonel Zainal Yusoff.

Abdul Manan berkata, melalui CDERT secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada komuniti mengenai ilmu pengurusan bencana ketika kecemasan.

Sementara itu, Zainal berkata, pejabat JPAM di Parlimen Indera Mahkota dan Paya Besar akan diwujudkan seiring dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu pejabat JPAM di wujudkan di setiap Parlimen.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti beberapa aspek berhubung perkara itu sama ada menyewa bangunan sedia ada atau menggunakan kaedah kabin sebagai pejabat.

“Kita akan cuba meminimakan kos dan perkara-perkara tersebut akan diambil kira sebelum pejabat JPAM diwujudkan.

“Ia penting memandangkan kawasan terbabit merupakan kawasan risiko banjir dan operasi menyelamat perlu dilakukan dengan pantas,” katanya.

Pada majlis itu, demonstrasi menyelamat diadakan oleh pasukan CDERT dan penyampaian sijil kepada pemimpin setempat turut diberikan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");