Sukan Hari Ini

Chelsea Ikat Bekas Penjaga Gol Itali

CHELSEA dilapor akan mengikat bekas penjaga gol Itali, Marco Amelia pada Khamis selepas kelab itu kagum dengan aksi penjaga gol veteran berkenaan.

Bekas pemain AC Milan berusia 33 tahun itu dikatakan telah menjalani latihan di Cobham dan kini sedang mengakhiri perjanjian sebagai penjaga gol yang akan menggantikan Asmir Begovic ketika kecemasan.

Amelia juga dilapor telah mengadakan makan malam bersama ejenya, Federico Pastorello di London pada Rabu untuk meraikan penghijrahan berkenaan.

Jose Mourinho terdesak untuk mendapatkan penjaga gol berpengalaman selepas penjaga gawang utamanya, Thibaut Courtois perlu direhatkan sehingga Disember kerana kecederaan lutut.

Berikutan itu, Amelia yang beraksi untuk skuad Serie B, Perugia kini bersedia menjadi pemain Chelsea terbaru dengan kontrak jangka masa pendek.

Bekas pemain Itali itu pernah beraksi untuk negaranya pada saingan Piala Dunia 2006.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");