Sukan Hari Ini

City Flyers terus pamer belang sebenar

CITY Flyers terus garang pada hari kedua Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) 2015 apabila mencatat kemenangan kedua dengan mengetepikan Green Titans dari Melaka 2-1, kelmarin.

Masih ceria kemenangan 3-0 ke atas Northern Rangers Sabtu lalu, menghadiahkan kekalahan kedua berturut-turut buat Green Titans sekali gus muncul pendahulu awal peringkat kumpulan.

Jurulatih City Flyers, Azhar Sarbini berkata, hasrat meraih kemenangan pada aksi kedua menjadi kenyataan walaupun mendapat tentangan sengit dari lawan.

“Memang percaturan kita adalah untuk menang hari ini, selepas kita menang perlawanan pertama semalam (Sabtu). Kita diberi tentangan yang sengit, regu pertama dan kedua diheret beraksi di set penentuan.

“Ianya cukup mencabar dan pemain berjaya menyerap tekanan dengan baik,” katanya.

City Flyers mengutip mata pertama menerusi gandingan diterajui bekas feeder kebangsaan Muqlis Borhan, Farid Abdul Aziz dan Hafiz Abd Rahman yang menterjemahkan aksi sengit dan menghiburkan sebelum menang 21-17, 17-21 dan 21-19.

Mata kemenangan disahkan trio kebangsaan Aizat Nor Azmi, Amirul Zazwan Amir dan Azlan Alias yang bangkit dari kekalahan 19-21 di set pertama untuk menang 21-10, dan 21-15 di dua set berikutnya menewaskan rakan di skuad kebangsaan Shahidan Ali, Syazreenqamar Salehan dan Masran Rahman.

Hasrul Anuar Suboh, Hasif Yusof dan Shelpul Saad menyumbang mata saguhati buat Green Titans menerusi kemenangan pada regu terakhir.

Sementara itu, Southern Tigris dari Johor turut membuka tirai saingan mereka dengan nota ceria dengan kemenangan 2-1 mengatasi antara pasukan pilihan dari Terengganu, East Coast Surfers.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");