Sukan Hari Ini

COBRA enggan terus kecewa

Petaling Jaya: Kelab Ragbi COBRA (The Combined Old Boys Rugby Association) tidak mahu rentetan kekecewaan berterusan apabila turun bersaing di Kejohanan Ragbi 10 Sebelah COBRA di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada 7 dan 8 November.

Kali terakhir COBRA memenangi kejuaraan itu pada 2008 dan kapten pasukan Mohd Syahir Asraf Rosli mahu menamatkan kemarau berkenaan tahun ini.

“Edisi 2008 itu kali terakhir kami memenangi kejuaraan. Walaupun kami mara ke final edisi 2010 dan 2011, kami tewas kedua-dua perlawanan akhir itu. Kami mempunyai kelebihan kali ini dengan kehadiran sekurang-kurangnya tujuh pemain kebangsaan,” katanya.

Selain dirinya sendiri, COBRA turut menyenaraikan Amin Jamaluddin, Hafiizh Zainal, Safwan Abdullah, dan Wan Izzuddin Ismail.

“Kami masih menanti beberapa pemain import dari New Zealand dengan strategi akan diputuskan selepas ketibaan mereka minggu ini. Saya yakin kami akan berada pada tahap terbaik sebelum kejohanan bermula nanti.

“Malah kehadiran dua bekas pemain All Blacks Duncan Robertson (ketua jurulatih) dan Jeff Mattheson (pengurus) memainkan peranan penting untuk kami.

“Sentuhan mereka akan membantu kami mengharungi cabaran kali ini,” tambahnya.

Saingan yang memasuki edisi ke-45 itu akan membabitkan 16 pasukan dengan lapan daripadanya penyertaan luar negara membabitkan tiga dari Australia, Afrika Selatan (2) dan England (1) bagi merebut hadiah keseluruhan AS$ 21,000 (RM87,876).

– Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");