Sukan Hari Ini

Conti sudah pulih

Kuantan: Khabar gembira diterima Pahang apabila penyerang import dari Argentina, Matias Conti (gambar) disahkan pulih 100 peratus daripada kecederaan betis sekali gus akan memperkasakan skuad itu pada pertemuan Piala Malaysia menentang PKNS, Sabtu ini.

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata, penyerang berusia 25 tahun itu yang menjalani pemeriksaan perubatan kelmarin, disahkan pulih dan kini menjalani latihan terutama meningkatkan kecergasan.

Katanya, kehadiran Conti di bahagian serangan sememangnya dinantikan skuad itu untuk kembali berganding dengan Dickson Nwakaeme sesudah terlepas dua perlawanan sebelum ini.

“Saya gembira dengan berita ini kerana Conti mampu memberikan sumbangan kepada pasukan khususnya menambah bisa di bahagian serangan.

“Saya harap beraksi di halaman sendiri Sabtu ini, tiga mata akan menjadi milik skuad Tok Gajah untuk memastikan slot ke suku akhir,” katanya semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");