Jenayah

Cuba beri rasuah RM5,000

KUALA TERENGGANU: Seorang tekong nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara, cuba merasuah sebanyak RM5,000 kepada sepasukan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kuala Terengganu sebaik sahaja bot mereka ditahan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, tekong bot berusia 39 tahun itu cuba menyogok wang tunai RM5,000 kepada pegawai Maritim ketika anggota sedang menggeledah bot berkenaan.

Pengarah Operasi DM9, Komander Maritim Simon Templer Lo Anak Tusa berkata, pihaknya berjaya mengesan bot nelayan tersebut yang ketika itu sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan kira-kira 50 batu nautika di Timur Laut Kuala Terengganu.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, kami dapati terdapat tujuh kru bot berusia 16 hingga 45 tahun tidak memiliki sebarang pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Seterusnya tekong itu bersama-sama 18 awak-awaknya ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya.

Simon berkata, kes itu akan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, manakala cubaan tekong berkenaan yang cuba merasuah pegawai kerajaan akan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Simon berkata, susulan penahanan itu, kira-kira 5,000 kilogram ikan pelbagai jenis dan 500 kilogram sotong kering dirampas selain daripada sebuah bot.

Dalam masa sama, Simon memaklumkan pihaknya akan terus meningkatkan rondaan dan kawalan keselamatan di laut serta penguatkuasaan undang-undang Maritim bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terkawal.

“Kami turut memohon kerjasama orang ramai agar dapat melaporkan aktiviti yang mencurigakan di perairan Terengganu di talian 24 jam kita, 999 atau pusat operasi APMM DM9 Kuala Terengganu di talian 09-6224357,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");