Jenayah

Cubaan seludup 63 ekor tenggiling gagal

PADANG BESAR: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis merampas 63 ekor tenggiling yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand dalam sekatan jalan raya di pos pemeriksaan Wang Kelian di sini, semalam.

Timbalan Komander 1 UPP Perlis, Hanizul Mohd Fathil berkata, dalam pemeriksaan rutin pada kira-kira 11 pagi itu, anggota UPP menahan sebuah kereta Honda bernombor pendaftaran Thailand dari arah Kaki Bukit menghala Wang Kelian.

“Sebaik keluar dari kereta selepas diminta oleh anggota bertugas, pemandu lelaki berusia 20-an (warga Thailand) terus lari ke dalam hutan tebal di seberang jalan pos berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, petang semalam.

Katanya, pemeriksaan pada ruang but kereta itu menemui 63 bungkusan plastik biru mengandungi 63 ekor tenggiling pelbagai saiz yang dipercayai dibawa dari Perak untuk diseludup ke Thailand.

“Tenggiling seberat 253 kilogram bernilai lebih RM91,000 itu, adalah rampasan terbesar, UPP tahun ini, katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan haiwan eksotik itu dijadikan makanan selain tujuan perubatan tradisional dan bahan asas produk kecantikan.

Kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Semua tenggiling berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perlis untuk tindakan lanjut, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");