Sukan Hari Ini

Cukup gembira: Gomez

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) melakar sejarah apabila layak ke final Piala AFC dan akan menentang kelab dari Tajikistan FC Istiklol di Dushanbe, Tajikistan, 31 Oktober ini.

Pengesahan menerusi kenyataan media Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam menyatakan Al-Qadsia SC dan Kuwait SC tidak lagi boleh beraksi pada separuh akhir kedua Piala AFC selepas penyertaan kedua-dua kelab dari Kuwait itu dibatalkan.

Ini berikutan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung pembabitan Kuwait FA dalam aktiviti bola sepak berkuat-kuasa serta-merta.

Bagi ketua jurulatih Johor DT Mario Gomez, berita itu amat menggembirakan dan akan membuat persiapan rapi untuk beraksi pada pentas final dalam saingan kelab-kelab Asia itu.

“Cukup gembira selepas kami layak ke final dan saya berterima kasih kepada pengurusan dan pemain pasukan yang sentiasa memberi kerjasama untuk mengharungi kempen Piala AFC.

“Sememangnya menjadi impian kepada semua jurulatih yang bersaing dalam aksi Piala AFC untuk layak ke final dan saya menyifatkan impian menjadi kenyataan dan akan memberi yang terbaik untuk membuat persiapan mengharungi final nanti.

“Apa pun saya amat simpati apa yang menimpa Al-Qadsia SC dan mungkin sudah suratan kepada kelab dari Kuwait itu dan saya hanya mampu mengucap selamat maju jaya kepada mereka,” katanya.

Dengan pentas final milik skuad Harimau Selatan, ia bagaikan pencapaian menakjubkan buat pasukan yang baru tiga tahun mengalami transformasi hasil dari kerja keras Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang kini bergelar Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Gomez berkata, kemungkinan Luciano Figueroa akan kembali menguatkan skuad itu namun perlu mendapat pengesahan dari AFC sama ada penggantungan dua perlawanan yang dikenakan kepada pemain import dari Argentina sudah berakhir atau sebaliknya.

“Saya harus merujuk terlebih dulu kepada AFC dan perlu mendapat kepastian mengenai status penggantungan Luciano kerana kita tidak boleh ambil sikap mudah dan menurunkan pemain pada perlawanan nanti,” kata Gomez.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");