Perak Hari Ini

Dadah: Dua Lelaki Ditahan Di Lokasi Berasingan

SELAMA: Polis berjaya menahan dua orang lelaki dalam Ops Tapis yang dilakukan di dua lokasi berasingan di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, kedua-dua lelaki tersebut telah ditangkap berhubung kes dadah di dua lokasi berbeza di sekitar kawasan Ijok.

“Suspek pertama telah ditangkap dalam satu serbuan lebih kurang jam 12.45 pagi di sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Sangkut.

“Hasil pemeriksaan lanjut, anggota telah menjumpai satu peket plastik lutsinar yang bertulis ‘Origenal Lembut’ di atas lantai dimana suspek ditahan,” katanya.

Ujarnya lagi, setelah diperiksa, terdapat tiga peket lutsinar yang mengandungi ketulan mampat daun-daun kering yang disyaki dadah jenis ganja seberat 25 gram.

Lian Lay berkata, hasil ujian saringan yang dibuat terhadap suspek juga mendapati suspek positif ganja.

Sementara itu, beliau berkata, bagi tangkapan kedua pula, pihak polis telah melakukan serbuan kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah rumah yang tidak bernombor di Kampung Tengah, Kampung Masjid, di sini.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, anggota telah berjaya menahan seorang lelaki berumur dalam lingkungan 32 tahun dan menemui satu beg kecil berwarna ungu yang bertulis ‘Bear’ yang telah digenggam oleh suspek berkenaan.

“Dalam beg tersebut, terdapat satu peket plastik lutsinar serta satu tiub straw berisi bahan yang disyaki dadah heroin seberat 0.3 gram dan hasil ujian saringan mendapati suspek positif heroin,” katanya lagi.

Tegasnya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek telah memperolehi bekalan daripada seorang kenalan dari kawasan Ijok.

Kedua-dua suspek telah dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Selama untuk tindakan lanjut dan ditahan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");