Berita Hari Ini

Dakwaan Raja-Raja Melayu Hilang Kepercayaan Terhadap Najib Hanya Spekulasi

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan bahawa Raja-Raja Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya spekulasi yang sengaja dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Itu merupakan (tindakan) mereka yang tidak bertanggungjawab. Kalau tak percaya kepada kepimpinan Perdana Menteri, saya percaya mereka akan cakap bulat-bulat.
“Tak perlu bangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Ada pihak tertentu nak mentafsir apa yang Raja-Raja Melayu nyatakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kenyataan Raja-Raja Melayu yang mahu siasatan 1MDB disegerakan seolah-olah menunjukkan mereka sudah tidak percaya kepada kepimpinan Najib.

Jelas beliau lagi, pihak tidak bertanggungjawab itu bersikap tidak adil kerana cuba mentafsirkan kenyataan Raja-Raja Melayu tersebut.

“Itu tidak adil, hanya Raja-Raja yang tahu. Kalau Raja-Raja memang tak yakin kepimpinan Datuk Seri Najib tak perlu melalui 1MDB, mereka akan sebut sahaja,” katanya.

Menurut Hishammuddin, pihak tertentu tidak perlu mensensasikan kenyataan tersebut kerana Perdana Menteri sudah menyatakan isu 1MDB akan diselesaikan.

“Itu bukan perkara baru dan Perdana Menteri sendiri sudah nyatakan bahawa isu ini akan diselesaikan. Saya rasa tak perlu mana-mana pihak tambah perkara ini kerana ianya dibangkitkan Raja-Raja.

“Untuk menyelesaikan isu ini ada jadualnya… untuk kita struktur semula, akauntabiliti dan siasatan untuk pastikan mana-mana pihak terlibat salah laku tak terkecuali daripada dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");