Sukan Hari Ini

Daren langkah kanan

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren (gambar) menepati ramalan untuk memenangi perlawanan pusingan pertama pada Terbuka Taiwan apabila menumpaskan Nicholas Bonkowsky dari Trinidad and Tobago, semalam.

Daren yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-15 hanya memerlukan 19 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-11, 21-9 di Gimnasium Hsing Chuang, Taipei.

Menurut pemain kelahiran Kuala Lumpur itu, dia belum diuji sepenuhnya semalam tetapi perlu berhati-hati untuk aksi pusingan kedua hari ini apabila bertemu perseorangan Jepun, Kanta Tsuneyama.

“Esok (hari ini) saya jangka akan mendapat tentangan sengit daripada Tsuneyama, tambahan pula saya belum pernah bertemunya sebelum ini,” katanya yang sekarang ini berada di ranking ke-106 dunia.

Tsuneyama berjaya mara ke pusingan kedua apabila mengalahkan seorang lagi wakil negara, Lim Chi Wing 21-15, 21-10.

“Saya anggap Tsuneyama bukan lawan yang mudah apabila dia berjaya mencatat kemenangan mudah ke atas Chi Wing sebentar tadi (semalam),” kata juara Siri Super Terbuka Perancis 2012 itu.

Turut mara ke pusingan kedua pilihan kedua, Zulfadli Zulkiffli yang menyingkirkan pemain Indonesia, Reksy Aureza Megananda 21-19, 23-21, 21-14 dalam perlawanan selama satu jam 16 minit.

Zulfadli yang menghuni ranking ke-41 dunia akan bertemu pemain tuan rumah, Hsieh Feng Tse yang mendapat bye di pusingan pertama.

Pasangan beregu muda negara, Tan Wee Gieen-Teo Ee Yi pula berjaya melakukan kejutan apabila menumpaskan pilihan ketiga dari Indonesia, Alfian Fajar-Muhammad Rian Ardianto selepas menang 21-19, 21-14.

Wee Gieen-Ee Yi akan bertemu pasangan tuan rumah, Po Li Wei-Yang Ming Tse yang sebelum itu mengalahkan gandingan negara, Low Juan Shen-Ong Yew Sin 21-19, 9-21, 21-15.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");