Sukan Hari Ini

Dick Advocaat Lepaskan Jawatan Jurulatih Sunderland

DICK Advocaat melepaskan jawatan sebagai jurulatih Sunderland selepas skuadnya seri 2-2 dengan West Ham pada Sabtu.

Mirror Sport melaporkan, jurulatih kelahiran Belanda itu meletak jawatan selepas gagal membaiki aksi buruk Sunderland sejak awal musim ini.

Sebaik sahaja meletak jawatan, Advocaat bertindak pulang ke Belanda menerusi pesawat yang disewa.

Daripada 17 perlawanan yang dilalui Sunderland sejak kebelakangan ini, pasukan berkenaan hanya mampu menang dalam tiga perlawanan.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong saya sebelum ini. Ia merupakan sebuah kelab bola sepak yang istimewa.

“Hanya saya yang tidak hebat. Saya membuat keputusan ini bagi membolehkan kelab mendapatkan kedudukan lebih baik dengan ketiadaan saya,” katanya menerusi laman web Sunderland.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");