Jenayah

Dipenjara 10 tahun rogol remaja

Kota Bharu: Seorang buruh dipenjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tiga tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur, Jun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan selepas tertuduh Mohamad Afiz Mohd Nor, 20, mengaku bersalah

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 15 Julai 2015.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun sembilan bulan di rumah di Machang pada 3 pagi, 4 pagi dan 6.30 pagi, 16 Jun 2015.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");