Jenayah

Dua beradik terkedu dipukau peragut

RANTAU PANJANG: Seorang guru Maahad Muhammadi Rantau Panjang terkedu apabila beg tangan miliknya bersama adik, diragut di kedai makan di Tunjung di sini, jam 2.55 petang, minggu lalu.

Nurul ‘Ain Muhammad, 35, berkata, ada kebarangkalian mereka dipukau kerana lelaki dalam lingkungan 40-an itu mengambil beg tangan yang diletakkan di atas riba tanpa tergesa-gesa, sedangkan dia sepatutnya memarahi dan mengambil kembali beg tangan daripada lelaki berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian, lelaki itu berinteraksi dengan adiknya, Siti Mazmi Muhammad, 32, sementara menunggu pelayan kedai berkenaan di kaunter.

“Sejurus memesan minuman di kaunter, secara tiba-tiba suspek menghampiri kami dan mengambil beg seterusnya beredar dengan menaiki kereta Proton Wira berwarna biru gelap.

“Saya hanya melihat suspek beredar manakala adik yang terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan, bertindak melemparkan pisau ke arah kereta suspek,” katanya.

Nurul ‘Ain berkata, suspek tidak mempunyai masalah untuk melarikan diri kerana ketika kejadian, jalan lengang dan tidak ramai yang berada di kedai makan berkenaan.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mereka mengalami kerugian berjumlah RM8,000 melibatkan wang tunai, kad dan barangan kemas.

Tambahnya, adiknya membawa barang kemas berkenaan kerana bimbang ia hilang berikutan sebelum ini rumah mereka sering dipecah masuk pencuri.

Katanya, kejadian itu menyebabkan mereka trauma dan tidak sanggup untuk memandu sendirian ke tempat kerja.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");