Sukan Hari Ini

Dua bulan tanpa gaji

Kuala Lumpur: “Tolong ketatkan syarat terhadap pasukan bertanding musim depan.”

Itu gesaan pemain Kelab Bolasepak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA FC) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan masalah tunggakan gaji yang dihadapi mereka.

Menurut salah seorang pemain yang enggan dikenali, mereka masih belum menerima bayaran gaji bagi Ogos dan September lalu.

“Ini sesuatu yang mengecewakan kerana kontrak kami berakhir hujung bulan depan. Walaupun kami tidak layak beraksi di Piala Malaysia, gaji perlu dilunaskan mengikut kontrak yang ditandatangani.

“Kami kecewa kerana pengurusan memberikan alasan tidak mempunyai dana. Malah semalam (kelmarin) memaklumkan mereka tidak akan membayar gaji Oktober dan November selain semua pemain akan ditamatkan kontrak,” katanya.

Jelasnya, FAM harus bertindak lebih proaktif dalam menangani perkara itu.

“Saya rasa wajar FAM mengetatkan syarat terutamanya aspek kemampuan kewangan pasukan yang bertanding.

“Pastikan pasukan yang bertanding mempunyai kemampuan untuk melunaskan gaji pemain hingga tamat kontrak.

“Jika perkara seperti ini sering didedahkan, FAM juga akan terkena tempias. Sukar untuk kita melangkah ke depan jika masalah ini berterusan,” katanya.

Isu berkenaan gaji bukan perkara baru dengan dua pasukan Liga Super, Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut berdepan situasi sedemikian.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");